PENDAFTARAN IBADAH KORBAN & AQIQAH KEMBOJA 2024

Lahirkan Rasa Syukur
Dengan Sempurnakan Ibadah Korban Bersama Kami

Korban Akan Dilaksanakan di Kemboja

Rasulullah SAW bersabda,

“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada hari al-Nahr (Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah SWT selain daripada menumpahkan darah (binatang korban).

Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan mendapat redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi.

Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan ibadah berkorban).”

– Hadis Riwayat At-Tirmizi

Kami faham ramai di luar sana yang telah lama menyimpan keinginan untuk melaksanakan ibadah korban tahun ini.

Lagi-lagi bila memikirkan fadhilatnya yang sangat besar.. Alahai ruginya!

Namun, niat terpaksa ditangguhkan kerana merasakan Ibadah Korban ini mahal dan susah untuk dibuat.

Sebenarnya, ibadah korban ini tidaklah semahal dan sesukar yang disangka!

Laksanakan Ibadah Korban Sekarang!

Kini ada pilihan Ibadah Korban yang lebih murah, yakin dan mudah bersama Borderless Care Malaysia

Ibadah korban sesungguhnya adalah sedekah yang lebih baik jika dibandingkan dengan sedekah menggunakan wang tunai

Hikmah ibadah ini Allah janji ampunkan dosa hambanya. Bayangkan setiap helai bulu, darah, tanduknya Allah akan ampunkan dosa-dosa kita yang lalu hanya dengan melaksanakan ibadah korban

Siapa Kami & Kenapa Anda Tak Perlu Risau?

Malaysia Borderless Care Organization (MBCO) ataupun Pertubuhan Cinta Tanpa Sempadan mula beroperasi pada Jun 2020. Ia merupakan suatu pertubuhan NGO yang telah berdaftar di bawah JPPM.

Tujuan Penubuhan NGO ini adalah untuk memberi dana dan pelbagai bentuk kebajikan kepada seluruh penduduk bumi tidak kira berlainan agama atau negara.

Malaysia Borderless Care Organization sentiasa berusaha untuk memastikan setiap ringgit yang telah didermakan oleh rakyat Malaysia dapat dimanfaatkan sebaik mungkin bagi meringankan beban dan kesusahan golongan yang memerlukan  baik di dalam mahupun di luar Negara.

Kelebihan kami adalah: